Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit.
Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamnya ketika mencari calon isteri.
7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan:
1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka menunduk ketika berjalan Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan menatap lurus ke depan Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan nampak tegak ketika berjalan Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti zirafah Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agak berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.sekian.
Dua beradik, Malek lakonan Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra telah terjebak dalam kegiatan gangster secara tak langsung lepas kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh kerana kehidupan mereka susah, mereka diugut dan diburu oleh gangster yang meminta hutang ayah mereka dulu.
Mereka hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan (Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun.
Walaupun Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka menghidap penyakit barah. Shera telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya. King (Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yg besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya. King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya terlibat dengan kegiatan gangster. Sementara itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba. Malek ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya? #credit to kl gangster 2